Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Umno Pulau Pinang menggesa pengundi parlimen Permatang Pauh beralih angin dan memilih BN dalam pilihan raya kecil akan datang demi pembangunan di kawasan itu.

Pengerusi perhubungannya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata negeri itu tidak menerima pembangunan sejak diwakili PKR, 17 tahun lalu.

"Selama 17 tahun ini, kesemuanya hanyalah mengenai (MP, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), isterinya atau anak perempuannya, atau rakan karibnya.

“Bagaimana dengan rakyat Permatang Pauh? Itu yang paling penting,” kata bekas timbalan menteri di kementerian luar bandar itu.

“Selepas 17 tahun, mereka tidak mendapat banyak pembangunan berbanding jiran di Kepala Batan dan Tasek Gelugor,” katanya kepada Malaysiakini .

Kepala Batas dan Tasek Gelugor masing-masing diwakili Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Shabudin Yahya dari Umno.

Kerusi Permatang Pauh dikatakan akan ditandingi anak perempuan kedua Anwar, Nurul Nuha, 31.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh atas kesalahan liwat merupakan MP Permatang Pauh selama 17 tahun dengan tiket BN.

Isteri Anwar, yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MP kerusi tersebut ketika Anwar dipenjara antara 1999 hingga 2004.

Azizah mengosongkan kerusi tersebut pada 2007 untuk membolehkan Anwar kembali aktif dalam politik pada 2008.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS