Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebelum ini The New York Times (NYT) memuatkan artikel berhubung hartawan 33 tahun Jho Low, rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Artikel itu berkisar soal pembelian harta tanah jutaan dolar oleh Low di New York, yang kemudian dijual kepada Riza Aziz, anak Rosmah Mansor, daripada perkahwinan lain.

Wartawan yang terlibat dalam proses berita itu menggali sumber kekayaan keluarga Najib. Kerjaya Najib sebagai ahli politik bermula sejak 23 tahun apabila menjadi anggota parlimen Pekan.

Wartawan-wartawan NYT membangkitkan beberapa persoalan dalam artikel mereka, termasuk beberapa invois berkaitan barang kemas jutaan dolar yang dikaitkan dengan Rosmah dalam laporan itu.

Bagaimanapun, ketika isu invois itu diajukan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO), pihak itu tidak pun meminta butiran lanjutnya.

Dalam wawancara dengan dua wartawan yang menulis laporan itu – Louise Story dan Stephanie Saul – PMO menjawab bahawa Najib mewarisi harta pusaka keluarganya.

“Kami beritahu mereka bahawa kami ada dokumen ini dan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa pembelian barang kemas jutaan dolar pada 2008, 2009 dan minta mereka komen.

“Mereka tidak minta untuk lihat dokumen itu, jadi kami pun tidak tunjukkannya, dan kami masukkan jawapan mereka,” kata Story ( atas ).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS