Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS kini sedang menyiapkan urusan visa dan pembelian tiket ibu bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar untuk ke Australia bagi melihat perkembangan anaknya di sana.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, segala urusan termasuk pasport milik ibu Sirul, Piah Samad, 74, telah selesai dan kini hanya tinggal urusan pembelian tiket dan visa untuk ke Sydney.

"Kini sedang menyiapkan proses visa dan tiket. Pasport (ibunya) juga telah siap.

"Dalam masa terdekat saya akan maklum. Memang dah agak dekat tapi nanti saya beritahu (bila akan berlepas)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Selain itu, Mahfuz ( kanan ) juga mengakui pernah beberapa kali berhubung dengan Saiful melalui telefon.

“Kadang-kadang saya telefon, kadang-kadang SMS. Saya hanya bercakap mengenai mak dia. Dia ucap terima kasih pada saya dan PAS yang ambil berat tentang mak dia dan diri dia.

“Saya tak bercakap langsung tentang kes ini. Tak nak dilihat seperti ambil kesempatan,” katanya.

'Dedah dengan kerelaan'

Mengulas soal tindakan Sirul mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya sekitar kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Mahfuz berkata terpulanglah kepada bekas anggota polis itu.

“Bagi saya, ia mesti datang dari kerelaan untuk dedahkan apa yang terjadi dan berlaku dan siapa di belakang tindakannya sehingga menyebabkan mereka dijatuhkan hukuman," kata Mahfuz lagi.

PAS berhasrat membawa Piah ke Australia untuk bertemu Sirul yang ditahan imigresen negara itu di Sydney.

Kali terakhir beliau bertemu Sirul ( kiri ) dikatakan ketika Mahkamah Rayuan membebaskan anak keempatnya itu daripada tuduhan.

Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan.

Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.

Lihat Komen
ADS