Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin diminta memberikan kenyataan kepada polis di Bukit Aman pada Jumaat ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu berkata beliau dihubungi seorang pegawai polis berpangkat ASP pada minggu lepas berkaitan laporan sebuah portal berita.

Katanya, laporan itu didakwa memetiknya sebagai mempersoal keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Awnwar Ibrahim dan menggesa orang ramai turun ke jalan raya.

Afif bagaimanapun berkata beliau tidak bercakap pun dengan pemberita itu atau memberikan kenyataannya kepada akhbar itu.

Pada 12 Februari, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Afif dan dua lagi pihak – Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa – bahawa mereka akan disiasat bawah Akta Hasutan.

Ini ekoran kenyataan mereka yang dikatakan mengkritik keputusan terhadap Anwar, yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Arutchelvan dan Fariz telah pun ditahan polis dan dibebaskan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS