Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Persembahan epik Ramayana berdasarkan Sanskrit Hindu melalui wayang kulit dari Malaysia akan diadakan di beberapa tempat di Amerika Syarikat dalam beberapa minggu akan datang.

Dalam persembahan "Wayang Kulit: The Shadow Play of Kelantan" itu, satu bentuk persembahan teater menggunakan prinsip cahaya dan bayang-bayang dengan patung-patung kulit yang dipancarkan ke skrin, diangkat daripada cerita epik Ramayana.

Persembahan itu akan dipentaskan oleh sekumpulan pemain wayang kulit dan ahli muzik dari Kelantan.

Mereka akan mengadakan persembahan di Houston (22-28 Feb), Atlanta dan beberapa kawasan di Georgia (1-7 Mac), Gainesville (Florida) (8-14 Mac) dan telahpun mengadakan persembahan di Crockett (Texas) pada 21 Feb lepas.

Negarawan Hindu Rajan Zed, dalam kenyataan di Nevada hari ini, memuji pihak penganjur, peminat dan mereka yang menjayakan persembahan wayang kulit itu kerana menonjolkan warisan Hindu.

Zed, selaku Presiden Universal Society of Hinduism, menyeru universiti-universiti utama di dunia termasuk Universiti Harvard, Oxford, Stanford, Cambridge, Princeton, UC Berkeley, Yale, Columbia, Toronto, Tokyo, Melbourne, dan lain-lain supaya kerap menganjurkan pameran-drama-filem-media

lain, bagi berkongsi falsafah, konsep dan tradisi agama antara yang tertua itu, dengan seluruh dunia.

Jika mereka memerlukan bantuan, beliau atau sarjana Hindu yang lain sedia membantu dengan senang hati, kata Zed.

Diterbitkan oleh Arts Midwest dengan kerjasama University of Florida, Georgia State University, Houston's Society for the Performing Arts dan Piney Woods Fine Arts Association of Crockett (Texas): "Wayang Kulit: The Shadow Play of Kelantan" mendapat sokongan daripada Doris Duke Foundation for Islamic Art dan Remo, iaitu pengeluar barangan drum.

- Bernama

Lihat Komen
ADS