Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sama ada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh mencelah dalam kes Jill Ireland untuk mendapatkan kembali CD miliknya mengenai agama Kristian yang menggunakan kalimah 'Allah', akan didengar pada 5 Mac.

 

Pada Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaleha Yusof telah memerintahkan CD itu dipulangkan.

 

Beliau memutuskan pegawai kanan Jabatan Kastam, Suzana Muin, yang mengeluarkan perintah penyitaan itu, telah bertindak secara tidak sah, kerana kuasa tersebut adalah pada menteri dalam negeri.

 

Bagaimanapun bulan lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan penangguhan yang difailkan oleh Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

 

Pada masa yang sama, Ireland juga telah memfailkan rayuan balas mengenai isu-isu perlembagaan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah.

 

The MAIWP memohon untuk mencelah dalam kes di mahkamah rayuan, kerana ia merasakan ia mempunyai kepentingan dalam isu itu. Ia bukan pihak dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 

Perkara itu pada mulanya dijadualkan untuk perbicaraan pada 10 Februari – pada hari yang sama dengan penghakiman kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - tetapi ia tidak diteruskan.

 

Berikutan itu, Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan MAIWP itu pada 5 Mac.

 

Bagaimanapun, mahkamah rayuan belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan Ireland atau rayuan balas Kementerian Dalam Negeri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan responden memulangkan CD tersebut.

 

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS