Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mat Sabu enggan ulas ‘usaha jatuhkan Hadi’
Diterbitkan:  Feb 26, 2015 11:20 AM
Dikemaskini: 5:24 AM

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas mengenai kemungkinan tindakan disiplin yang mungkin dihadapinya atas tuduhan penglibatan dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dakwaan tersebut timbul apabila rakaman kononnya beliau merancang untuk menjatuhkan Hadi muncul di beberapa blog.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau hanya akan memberi kepada jawatankuasa khas siasatan berhubung segala tuduhan terhadapnya.

“Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain media perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masalah dalaman parti, sekiranya diminta.

“Berkenaan kedudukan saya dalam parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan perwakilan,” kata Mohamad dalam satu kenyataan.

Sementara itu ketika ditemui di Butterworth hari ini, Mohamad berkata apa jua tindakan terhadapnya beliau serahkan kepada muktamar parti itu.

[Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS