Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Boleh mohon bantuan bah walau sebumbung
Diterbitkan:  Feb 26, 2015 2:23 PM
Dikemaskini: 11:58 AM

Setiap keluarga yang terjejas banjir boleh memohon bantuan walaupun mereka tinggal sebumbung, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Menurut beliau, mereka hanya perlu membuktikan perkara tersebut agar dapat mendaftar untuk menerima bantuan.

"Sekiranya ada dua buah keluarga yang tinggal sebumbung, boleh dimaafkan. Mereka cuma perlu buktikan untuk daftar," katanya kepada pemberita selepas sesi penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan Bajet 2015 di Dewan Suarah Sarikei di Sarikei hari ini.

Ahmad diminta mengulas mengenai usaha mengelak ketirisan bantuan banjir berikutan ada pihak yang mendaftar lebih daripada sekali untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Beliau percaya pangkalan data mangsa banjir yang mendaftar untuk mendapatkan bantuan sudah dibersihkan bagi mengelakkan ketirisan tersebut.

           

Bernama

Lihat Komen
ADS