Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Korea putuskan zina bukan jenayah
Diterbitkan:  Feb 26, 2015 5:47 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Mahkamah tertinggi Korea Selatan membatalkan undang-undang yang selama ini mengharamkan perzinaan – undang-undang yang menurut pengkritik sebagai ketinggalan zaman dan melanggar kebebasan peribadi – sekaligus melonjakkan saham syarikat pembuat kondom terbesar di negara itu.

Undang-undang itu digubal pada tahun 1953 untuk melindungi wanita dalam masyarakat yang didominasi kaum lelaki di mana perceraian jarang berlaku dan perbuatan bermain kayu tiga boleh dijatuhi hukuman penjara.

"Undang-undang itu tidak mengikut lembagaan kerana ia melanggar hak rakyat untuk membuat keputusan sendiri tentang seks dan kerahsiaan dan kebebasan kehidupan peribadi mereka, melanggar prinsip mengharamkan penguatkuasaan yang berlebihan di bawah perlembagaan," kata Seo Ki-Seok, hakim Mahkamah Perlembagaan, yang membaca pendapat yang mewakili lima hakim.

South Korea legalizes adultery http://t.co/zs3meoAPOy pic.twitter.com/o1a6Ls1ixk

— WSJ Asia (@WSJAsia) February 26, 2015

Tujuh anggota panel sembilan orang hakim menganggap undang-undang itu tidak mengikut perlembagaan.

Harga saham Unidus Corp, syarikat yang membuat produk getah termasuk kondom, melonjak mencecah had 15 peratus keuntungan harian selepas keputusan itu dibuat.

Pengkritik berkata undang-undang melarang perzinaan sudah lapuk dalam masyarakat di mana kepesatan proses pemodenan sering bertembung dengan nilai-nilai tradisi konservatif.

Pada tahun 2008, mahkamah telah mengekalkan undang-undang itu, dengan memetik persepsi masyarakat bahawa perzinaan merosakkan fabrik sosial.

Beberapa ribu pasangan memfailkan aduan jenayah perzinaan setiap tahun di Korea Selatan, walaupun ia jarang berlaku di mana seseorang dihukum dipenjara. Menurut pendakwa raya, tidak ada orang yang dihukum penjara tahun lepas walaupun 892 didakwa atas tuduhan zina.

- Reuters

Lihat Komen
ADS