Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pekerja kuari maut tertimbus tanah
Diterbitkan:  Feb 26, 2015 7:10 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Seorang pekerja kuari warga Bangladesh maut tertimbus tanah manakala rakan senegaranya masih belum ditemui dalam kejadian di tapak pembinaan sebuah kilang di Jalan Kampung Banir, Batu 3, Temoh dekat Tapah hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tapah A Ravi berkata mangsa yang ditemui pada pukul 6 petang itu berumur lingkungan 30-an.

Beliau berkata dalam kejadian pada jam 4.13 petang itu, mereka dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pengujian tanah.

"Gelongsoran tanah yang berlaku di tempat pembinaan itu menyebabkan dua lelaki berkenaan tertimbus," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Pihaknya sedang mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa, katanya.

Bernama

Lihat Komen
ADS