Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tee Yong dakwa nombor telefonnya digodam
Diterbitkan:  Feb 26, 2015 8:24 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

Ibu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong tidak mengesyaki apa-apa ketika telefon di rumahnya berdering pagi tadi.

Oleh kerana suara di talian itu kurang jelas, beliau meminta pemanggil itu menghubungi telefon bimbitnya.

Tetapi apabila panggilan itu diterima, tertera nombor telefon bimbit milik anaknya, tetapi suara di hujung talian itu bukan suara Tee Yong.

Pemanggil itu mendakwa pemilik telefon bimbit itu telah ditahan bersama 2kg heroin dalam keretanya dan ia adalah satu kesalahan yang membawa hukuman mati.

Ketika menceritakan kejadian itu, bapa Tee Yong, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mendedahkan isterinya mendapat panggilan itu sekitar jam 11 pagi tadi.

"Anak saya ketika itu berada di Pahang, di mana beliau mempengerusikan satu mesyuarat," katanya kepada Malaysiakini .

"Sudah tentu Isteri saya tidak percaya orang itu. Pemanggil itu mendakwa Tee Yong telah ditangkap dengan beberapa orang lain dan tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin.

"Dia kemudian meminta isteri saya datang ke Balai Polis Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur," katanya.

Chua berkata apabila isterinya berkeras untuk bercakap dengan anak lelaki mereka, pemanggil itu mengingatkan supaya perbualan itu hendaklah dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

"Telefon ini kemudiannya diberikan kepada orang lain yang menyamar sebagai Tee Yong. Dia menangis dan meminta tolong, dengan berkata, jika tidak, dia akan diseret ke penjara.

"Isteri saya tahu bahawa ia bukan Tee Yong," katanya, yang menyatakan bahawa telefon itu mungkin telah digodam oleh kumpulan peras ugut.

 

Sementara itu, Tee Yong, yang membuat laporan polis pagi ini di Putrajaya, bimbang dengan perlindungan data peribadinya.

"Orang ini menghubungi telefon rumah terlebih dahulu. Oleh kerana itu kurang jelas, ibu saya memintanya supaya menghubungi telefon bimbitnya dan memberi nombor telefonnya.

"Apabila beliau memberikan nombor telefon, orang itu berkata talian telah didaftarkan di bawah nama saya. Ia benar, saya yang membayar bil telefonnya.

"Tetapi bagaimana orang ini tahu nama talian itu didaftarkan?" soalnya.

Tee Yong berkata, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa pada masa lalu, kumpulan seumpama itu biasanya akan mendakwa seseorang telah diculik dan meminta wang tebusan.

"Polis sendiri tidak pernah mendengar tentang taktik baru ini," tambahnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS