Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin disiasat bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai penghakiman kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan ketua Pemuda PKR dipanggil memberikan keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Dr Afif berkata siasatan itu berdasarkan laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataannya di luar mahkamah pada 10 Februari.

"Siasatan ini mengenai ucapan saya di luar bilik mahkamah selepas keputusan kes liwat," katanya selepas memberikan keterangan.

"Namun, saya tidak boleh menyatakan nama portal berita itu kerana ia masih lagi dalam siasatan," katanya.

Pada 10 Februari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter miliknya mengarahkan agar kartunis Zunar ditangkap berhubung kenyataan berkaitan pemenjaraan Anwar.

Polis turut menahan kartunis Lawrence Jeyaraj dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan juga berhubung kenyataan tentang pemenjaraan Anwar.

Lihat Komen
ADS