Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
G100 bertegas dapat sokongan padu
Diterbitkan:  Feb 27, 2015 4:26 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Kumpulan peguam yang mengeluarkan kenyataan bersama mengkritik Presiden Majlis Peguam Christopher Leong, menegaskan bahawa ia masih mempunyai sekurang-kurangnya 100 penyokong.
 
Ini selepas seorang peguam yang berpejabat di Pahang, Norjehan Abu Bakar, yang namanya tersenarai dalam kenyataan bersama itu berkata, namanya digunakan tanpa kebenarannya.
 
Kumpulan 100, yang dirujuk sebagai G100, berkata dalam satu catatan Facebook bahawa nama Norjehan telah tersilap dimasukkan dalam senarai tersebut dan akan digantikan oleh seorang peguam yang menyokong mereka, Nor Zakiah Abdul Majid.
 
Menulis dalam akuan Facebooknya, Norjehan berkata pendapatnya mengenai surat tersebut tidak pernah diminta dan beliau tidak bersetuju untuk menyokong apa-apa pun dari kumpulan berkenaan.
 
Dalam catatan yang berasingan, G100 mengakui bahawa "lima atau enam" lagi peguam telah meminta nama mereka ditarik balik dari senarai itu tetapi menegaskan jumlah mereka masih melebihi 100 orang.
 
Sabtu lepas, G100 mengeluarkan kenyataan mengkritik kenyataan Leong bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menghantar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, adalah satu "penganiayaan".
 
100 orang peguam menandatangani kenyataan itu, menuntut Leong menarik balik kenyataan beliau, jika tidak, beliau perlu meletakkan jawatan.
 
 

Lihat Komen
ADS