Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tinjauan: Sokongan pada PM merosot
Diterbitkan:  Feb 27, 2015 5:41 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Sokongan pada Datuk Seri Najib Abdul Razak mencecah tahap 44 peratus bulan lepas, kedudukan kedua paling rendah sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri enam tahun lalu.

Popularitinya menurun satu peratus daripada 45 peratus yang direkodkan pada November dan Disember tahun lepas. Pada Oktober 2014, sokongan kepadanya di tahap 48 peratus.

Popularitinya merudum di tahap paling bawah pada Januari 2014 dengan 42 peratus, sementara peringkat tertinggi, 72 peratus, direkodkan pada Mei 2010.  

Menurut Merdeka Center, tinjauan pendapat antara 21 hingga 30 Januari juga mendapati 46 peratus responden tidak berpuas hati dengan prestasi beliau.

Ia juga mendapati 47 peratus pengundi berpendapat negara ini "menuju arah yang salah", berbanding 39 peratus yang berfikir sebaliknya.

Sebanyak 43 peratus responden berasa "tidak berpuas hati" atau "marah" dengan prestasi kerajaan.

Sentimen negatif ini umumnya disebabkan faktor-faktor ekonomi seperti kenaikan kos sara hidup susulan cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun ini.

Merdeka Center juga berkata faktor-faktor lain yang mempengaruhi responden termasuklah kelemahan pentadbiran dan isu perkauman yang berlarutan.

Sementara responden yang beranggapan positif berasa gembira dengan keamanan, pembangunan prasarana dan bantuan kebajikan yang dihulurkan kerajaan, laporan tinjauan itu dipetik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS