Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bayar lebih harga minyak esok? Salahkan 1MDB
Diterbitkan:  Feb 28, 2015 5:32 PM
Dikemaskini: 12:34 PM

Pemansuhan sistem subsidi bahan api bukan hanya membuat pengguna terdedah kepada turun naik harga minyak mentah global tetapi juga ketidakstabilan nilai ringgit sepertimana ramai yang akan rasainya melalui harga bahan api esok.

 

Walaupun kerajaan hanya dijangka mengumumkan harga runcit bahan api rasmi untuk Mac malam ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli telah memberi amaran bahawa ia akan menjadi lebih tinggi.

 

Rafizi berkata kenaikan kecil dalam harga minyak mentah dunia, menjadi lebih teruk dengan ringgit yang lemah yang sebahagiannya disebabkan oleh masalah lebih RM40 bilion hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan.

 

“Oleh itu, turun naik ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

Rafizi (kiri) berkata, Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kadar matawang ringgit kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.

 

"Jika Datuk Seri Najib menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, maka beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang ringgit.

 

“Kenaikan harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. kata Rafizi.

 

1MDB dimiliki oleh Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib, dan beliau juga adalah pengerusi lembaga penasihat syarikat tersebut.

Negara kini menggunakan sistem apungan terurus di mana harga purata minyak untuk bulan semasa digunakan sebagai penanda aras untuk menentukan harga runcit bahan api bulan seterusnya.

 

Oleh itu, turun naik nilai ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat.

 

“Ini menimbulkan kesulitan kepada rakyat kerana kejatuhan harga minyak bermula dari September 2014 diiringi dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding AS.

 

"Nilai ringgit yang kini didagangkan pada tukaran sekitar RM3.60 bagi setiap AS$1 telah susut sebanyak 10 peratus dalam tempoh enam bulan berbanding tempoh asal sekitar RM3.30 bagi setiap AS$1,” kata Rafizi.

 

[Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS