Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata beliau tidak akan memohon maaf atau melayan gesaan kumpulan dalam badan itu, dikenali G100, yang tidak berpuas hati dengannya.

Kumpulan itu mendakwa mewakili sekurang-kurangnya 100 peguam yang menuntut Leong memohon maaf kerana menyifatkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan satu "penganiayaan".

“Hanya kerana mereka ulang (gesaan) tidak bermakna saya pun kena ulang.

“Saya sudah ulas semasa Tahun Baru Cina minggu lalu,” kata Leong kepada Malaysiakini .

G100 semalam mengeluarkan kenyataan meminta Leong menarik balik kenyataan itu dan meletakkan jawatan jika gagal memohon maaf kerana didakwa mengelirukan orang awam.

Lihat Komen
ADS