Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kajian: Kualiti air laut Selat Melaka menurun

Kajian awal kumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati tahap kualiti air laut di perairan Selat Melaka merosot dan memberi kesan kepada kehidupan marin di kawasan sekitarnya.

Naib Canselor UMT, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata kajian itu dibuat semasa Ekspedisi Saintifik Selat Melaka yang berjalan sejak Januari lepas.

Bagaimanapun, kajian kualiti air laut serta kajian berkaitan di bawah ekspedisi itu akan hanya berakhir 5 April ini, katanya pada sidang media sempena pelancaran Program Rakan Alam Marin UMT di Langkawi hari ini.

Ibrahim berkata adalah tidak sesuai untuk membuat kesimpulan mengenai punca-punca penurunan kualiti air laut pada peringkat ini.

Sebelum ini, Program Rakan Alam Marin UMT dirasmikan oleh Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Putri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS