Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Anak tiri PM kunci pada Low
Diterbitkan:  Mar 1, 2015 8:58 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Hartawan Taek Jho Low mendapat tempat dalam dunia kewangan ekoran hubungan rapat dengan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Riza Aziz, lapor Sarawak Report.

Laman pembocor maklumat itu melaporkan pihak dalaman memberitahu bahawa orang hubungan Low di Malaysia adalah anak tiri perdana menteri, Riza Aziz, yang ditemuinya semasa belajar di UK.

“Jho Low menghabiskan banyak masa berbaik-baik dengan ibu Riza, Rosmah Mansor, yang beliau secara umumnya merujuknya sebagai  ‘ madame’ atau ‘ first lady ’ (wanita pertama)," menurut laporan itu.

“Apabila Najib menjadi timbalan perdana menteri, Low sudah baik dengan keluarga itu dan mempunyai penuh maklumat untuk Rosmah dan suaminya bagaimana untuk 'membetulkan keadaan' secara kewangan,” menurut laporan itu.

Dilaporkan juga pihak dalaman Hollywood mendakwa Low menjadi penaja untuk filem Wolf of Wall Street yang menelan belanja AS$100 juga (RM361.62 juta).

Riza menafikan Low menajanya untuk pembikinan filem yang dicalonkan untuk anugerah Oscar itu.

Najib juga mahu menyaman organ PAS Harakah Daily kerana mengaitkan Riza dengan 1MDB.

Memetik persahabatan Low dan Riza, Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakub dalam akhbar itu mempersoal kewangan Riza dalam membikin dua buah filem di New York.

Malaysiakini sudah menghubungi 1MDB, Pejabat Perdana Menteri dan pihak perhubungan awam Low untuk mendapatkan reaksi mereka.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS