Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Palanivel yakin sokongan kuat pada pimpinannya

Selepas beberapa bulan berlaku pertelingkahan dan drama hebat, MIC yang bergolak dengan krisis kepimpinan, akhirnya bersetuju mengadakan pemilihan semula jawatankuasa parti bermula April depan.

Presiden Datuk Seri G. Palanivel berkata pemilihan akan bermula di peringkat cawangan diikuti dengan pemilihan presiden pada Mei. 

"Pemilihan peringkat bahagian pada Jun sementara mesyuarat agung tahunan ditetapkan Julai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-66 hari jadinya di ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Februari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata MIC perlu mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan itu selewatnya menjelang Julai. 

Zahid berkata jawatankuasa kerja pusat (CWC) akan mengambil alih tugas buat sementara sehingga pemilihan semula itu selesai ketika mereka hanya perlu menggunakan senarai pengundi dan cawangan yang ditetapkkan pada 2012 untuk pemilihan itu.  

MIC juga dikehendaki menubuhkan sebuah jawatankuasa pemilihan.

Ditanya bila beliau akan memanggil mesyuarat CWC bagi menubuhkan jawatankuasa itu, Palanivel berkata, ia akan dibuat selepas beliau menemui seorang individu yang tidak dinyatakan, dan menyelesaikan beberapa isu. 

Beliau enggan menjawab pertanyaan mengenai tindakan pengarah strategik parti A.K. Ramalingam untuk mencabar arahan ROS itu di mahkamah, yang pengurusan kesnya ditetapkan 9 Mac.  

Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata kepimpinannya mendapat sokongan kuat.

Menurutnya lebih 800,000 individu dari pelbagai golongan dalam kalangan masyarakat India menyokongnya untuk terus memimpin parti.

- Bernama

Lihat Komen
ADS