Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Naik motor bukan mahram antara dikaunseling
Diterbitkan:  Mar 2, 2015 7:00 AM
Dikemaskini: 11:17 PM

Individu yang menaiki motosikal bersama bukan muhrim antara tujuh pasangan ditahan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam), menghadiri sesi kaunseling badan itu semalam.

Pasangan berusia 20 hingga 26 tahun ditahan atas alasan berkelakuan tidak  sopan di tempat awam dalam operasi di Kuala Terengganu dua minggu lalu, lapor Teganukita .

Portal kerajaan negeri itu juga melaporkan bahawa tumpuan penguatkuasaan itu terhadap pihak menaiki motosikal bersama individu bukan mahram, wanita berpakaian menjolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Mohd Rozali Salleh berkata semua remaja itu patuh kepada surat  arahan Maidam supaya melapor diri dan hadir sesi kaunseling bermula semalam.

“Semua remaja diberikan kaunseling berbentuk tarbiah supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama dan menginsafi perbuatan masing-masing,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Sejurus sesi kaunseling, semua remaja terbabit perlu mengisi borang khas sebagai rekod Maidam untuk tindakan susulan sekiranya mereka didapati ingkar serta masih mengulangi perbuatan yang sama mengikut Seksyen 34.”

Berdasarkan enakmen itu, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, bagi kesalahan pertama itu, Maidam dilapor tidak mengenakan sebarang denda, sebaliknya mengambil langkah mendidik pesalah menerusi sesi kaunseling.

Tujuh Pasangan Berkelakuan Tidak Sopan Hadiri Kaunseling http://t.co/Ed6VtCLhpA

— teganukita (@teganukita) March 1, 2015

Lihat Komen
ADS