Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: PM tak boleh cuci tangan isu 1MDB
Diterbitkan:  Mar 2, 2015 11:24 AM
Dikemaskini: 6:27 AM

Tanpa mengambil kira motif di sebalik dakwaan terkini berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa menjawab sama ada perkara itu benar atau tidak.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Najib tidak boleh cuci tangan daripada tindakan itu.

“Perdana menteri tidak boleh melepaskan tanggungjawab dengan berkata beliau 'tidak terlibat dengan operasi harian 1MDB',” kata Pua dalam kenyataan pagi ini.

“Perdana menteri, yang juga menteri kewangan harus sedar bahawa isu 'bermotifkan politik' tidak relevan dalam perkara ini.

“Apa yang lebih penting, sama ada dokumen dan e-mel itu asli,” kata Pua.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa mempunyai bukti e-mel dan dokumen menunjukkan bahawa syarikat usahasama 1MDB, PetroSaudi, pada 2009 digunakan untuk menyalurkan dana kepada syarikat hartawan Jhow Low.

Pihak kerajaan dan PetroSaudi menafikannya.

Najib dalam Facebook menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali membenarkan dana awam digunakan untuk kepentingan peribadi.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menolak dakwaan bahawa 1MDB menyalurkan AS$700 juta (RM2.5 bilion) kepada syarikat dikaitkan dengan hartawan Jho Low sebagai “bermotifkan politik”.

“Bagaimanapun, jika terdapat sebarang salah laku yang terbukti, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata pejabat itu kepada akhbar United Kingdom Sunday Times .

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS