Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap kerajaan menyemak semula permohonannya untuk menambahbaik skim perkhidmatan pasukan keselamatan itu termasuk elaun terutamanya yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Noor Rashid Ibrahim berkeyakinan menerusi penambahbaikan skim perkhidmatan itu, sistem penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat akan bertambah baik dan lebih efisien.

"Antara perkara terpenting melibatkan semakan semula terhadap elaun bagi anggota polis yang berkhidmat jauh di kawasan pedalaman tanpa bekalan elektrik, air dan pelbagai kemudahan lain," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan persatuan-persatuan dalaman PDRM di Alor Setar hari ini.

Katanya, anggota polis yang berkhidmat di pedalaman hanya menerima elaun pedalaman sebanyak 10 peratus daripada gaji, berbanding penjawat awam lain yang menerima elaun kesusahan secara kadar rata sebanyak RM1,500.

Noor Rashid berkata PDRM meminta kerajaan memanjangkan kemudahan elaun kesusahan itu kepada anggota polis yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Lihat Komen
ADS