Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP gesa SPRM siasat 'harta pusaka' PM
Diterbitkan:  Mar 3, 2015 12:46 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Seorang tokoh utama DAP menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kenyataan berhubung "harta pusaka" perdana menteri.

Lim Kit Siang merujuk kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) kepada New York Times (NYT) baru-baru ini bahawa perbelanjaan Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuklah memenuhi perbelanjaan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bersumberkan "harta pusaka".

"Tiada wang dibelanjakan untuk melancong atau barang kemas yang dibeli, dakwaan apa-apa barang dalam peti besi yang luar biasa bagi seseorang dengan kedudukan perdana menteri, tanggungjawab dan warisan aset keluarga," kenyataan PMO menjawab artikel berkaitan ahli perniagaan Malaysia Jho Low dalam akhbar itu.

Menurut Lim, kenyataan "apa-apa barang dalam peti simpanan" itu sendiri mewajarkan satu siasatan dilakukan.

"Bolehkah SPRM melakukan siasatan penuh ke atas Najib atau adakah SPRM sendiri perlu menunggu 'lampu hijau' dari Najib," kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Menurut Lim, kenyataan PMO berhubung warisan daripada bekas perdana menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein juga ternyata memeranjatkan adik-beradik Najib yang lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS