Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penemuan drone diterbangkan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang mungkin mencetuskan kebimbangan berhubung isu keselamatan.

Beberapa gambar pesawat mendarat di KLIA, yang diambil daripada drone, muncul di Facebook.

Terdapat pengguna Internet tampil menyelarnya kerana ia didakwa boleh membahayakan pesawat.

Gambar itu dimuat naik ke laman sosial berasaskan gambar Instragram sekurang-kurangnya tiga bulan lagu oleh pengguna dikenali sebagai “yengnasir”, yang mempertahankan tindakan itu.

“Jaraknya jauh. Jaraknya dikira sebelum terbang menggunakan GPS,” tulisnya.

Akaun itu telah dipadam tetapi ia kini beredar di Facebook.

Sekeping gambar menunjukkan individu dikatakan yengnasir dirakam bersama drone empat kipas jenis “DJI Phantom 2” yang ringan dan terdapat tempat letak kamera di bawahnya.

Peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menetapkan drone seberat 20 kilogram ke bawah tidak tertakluk bawah peraturan ketat seperti pendaftaran dan pemeriksaan kelayakan terbang.

Bagaimanapun ia tidak dibenarkan beredar di ruang udara terkawal atau dalam jaram 1.5 batu nautika (2.8km) daripada sempadan lapangan terbang tanpa kebenaran pusat kawalan udara.

Peraturan sama pada 2008 juga melarang drone kecil terbang melebihi 400 kaki (122 meter) daripada tanah dan melakukan kerja-kerja di udara yang antaranya melibatkan fotografi, pemerhatian dan tinjauan.

Di Amerika Syarikat, berlaku debat panas berhubung penggunaan drone oleh orang awam.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi daripada DCA.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS