Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha agung PKR menyifatkan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin seorang yang "bacul" selepas enggan berdebat dengannya berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli berkata isu debat antara kedua-duanya tidak berbangkit lagi kerana beliau sudah menunjukkan bahawa menteri itu seorang yang bacul.

"Saya hanya mahu tunjukkan kepada semua jenis manusia yang bagaimana memimpin Umno sekarang," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya.

"Beliau kini berada di Amerika Syarikat, mungkin sedang berdebat dengan kanak-kanak lelaki di sana."

Khairy dan Pemuda Umno sebelum ini menganjurkan taklimat umum bersama ketua pendakwa dalam kes Liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Dalam program tersebut, peguam kanan itu mendakwa ketua pembangkang sebagai seorang lelaki yang tidak menampakkan dirinya homoseksual.

Rafizi sebelum ini mencabar Khairy untuk berdebat selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersetuju untuk menyediakan ruangan debat berhubung kes tersebut.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Lihat Komen
ADS