Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua pemimpin kanan PAS termasuk timbalan presidennya Mohamad Sabu masih menunggu surat arahan memberikan keterangan berhubung dakwaan menggerakkan usaha menjatuhkan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

Pembantu peribadi Mohamad, Tajuddin Othman berkata, pihaknya masih belum menerima surat tersebut dan hanya mengetahui perkara itu melalui media.

“Surat masih belum dapat, keluar dalam berita (sahaja),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Tajudin juga menambah, Mohamad kini berada di luar negara dan akan pulang sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Chempaka pada 10 Mac.

Sinar Harian melaporkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ( kiri ) sebagai akan memanggil dua pemimpin kanan itu dalam masa terdekat.

Mohamad dinamakan antara pihak dalam PAS yang didakwa mahu menjatuhkan Hadi selain tiga lagi pemimpin parti itu yang diketuai oleh Pengarah pilihan raya PAS Hatta Ramli.

Dakwaan itu dibuat secara terbuka pertama kali oleh Pemuda PAS Kuantan melalui demonstrasi di hadapan pejabat agung PAS bulan lalu.

Selain itu, Mohamad juga diheret kontroversi apabila terdapat rakaman mirip suaranya diedar di Internet yang dikatakan memberi taklimat memburuk-burukkan Hadi kepada akar umbi PAS.

Sementara itu, Hatta Ramli ketika dihubungi berkata masih menunggu surat daripada untuk menghadap jawatankuasa khas siasatan PAS.

“Belum dimaklumkan lagi, saya tengah tunggu surat.

“Saya tak ada komen, surat tak ada lagi, nak ulas macam mana,” kata Hatta.

Lihat Komen
ADS