Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan 3 suspek baru terlibat ISIS
Diterbitkan:  Mar 3, 2015 3:49 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Polis menahan tiga orang individu berusia di antara 22 sehingga 39 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan bersenjata Negara Islam.

Mereka terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Mereka terdiri daripada seorang suri rumah, seorang peniaga dan seorang kakitangan kerajaan.

Pengumuman mengenai penahanan yang dibuat di Kuala Lumpur, Perak dan Johor itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi satu kenyataan petang ini.

Lihat Komen
ADS