Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP bincang RCI p'raya tempatan 1965
Diterbitkan:  Mar 3, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Satu persidangan untuk mengkaji semula kandungan laporan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pilihan raya kerajaan tempatan akan diadakan pada 13 Mac.

Dianjurkan oleh organisasi pemikir DAP, Kajian untuk Kemajuan Sosial (Refsa), persidangan itu juga akan meraikan ulang tahun ke-50 sejak pilihan raya kerajaan tempatan dihapuskan.

"Kita mahu menggalakkan perbincangan lebih meluas berkenaan kerajaan tempatan dan peranannya dalam negara ini," kata timbalan pengarah eksekutif Refsa, Wong Shu Qi.

Suruhanjaya tersebut pada masa itu diketuai Senator Athi Nahappan bagi mengkaji semula sistem kerajaan tempatan susulan penggantungannya pada masa itu.

Bagaimana pun, cadangan itu tidak dipedulikan oleh kerajaan Persekutuan pada masa itu.

 

"Justeru, persidangan ini akan membincangkan lebih lanjut kesesuaian laporan itu kepada kerajaan tempatan hari ini.

"Di samping itu, (ia diharap dapat) merancakkan kempen untuk demokrasi tempatan dengan kajian semula laporan itu secara menyeluruh, " kata Wong.

Suruhanjaya yang diketuai Athi Nahappan dibentuk pada tahun 1965 bagi membuat kajian susulan Konfrontasi dengan Indonesia yang menyebabkan semua majlis kerajaan tempatan digantung.

Ia mencadangkan agar pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan dan undang-undang berkaitan kerajaan tempatan diseragamkan di seluruh negara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS