Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco Pemuda Umno gesa Rafizi beli kamus
Diterbitkan:  Mar 4, 2015 1:29 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Seorang exco Pemuda Umno tampil menempelak Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kerana menggelar ketuanya Khairy Jamaluddin sebagai “bacul” atas dakwaan enggan berdebat dalam kes Liwat II.

Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda Umno Ibdillah Ishak ( bawah ) sebaliknya membangkitkan tindakan Rafizi yang pada masa yang sama didakwa menyekat komen yang mengkritiknya di media sosial.

https://i.malaysiakini.com/865/fa5d10b49ebed94699874c8e25d50137.jpg “Di laman media sosial, misalnya di Twitter, dia telah block (sekat) para pengguna yang mengkritik dan tidak sependapat dengannya.

“Saya beranggapan bahawa Rafizi seronok dipuji dan tidak sanggup menerima kritikan yang membina. Inikah kualiti seorang ahli Parlimen PKR?

“Rakyat dihalang dari mengutarakan pandangan dan pendapat mereka,” katanya.

Berhubung dakwaan “bacul” pula, Ibdillah berkata Khairy tidak boleh dianggap enggan berdebat kerana belum pun memberikan jawapannya.

“Takkan kalau belum respon dah digelar bacul? Saya berprasangka baik, mungkin dia tak faham definisi 'bacul'," katanya lagi.

“Elok dia pergi beli kamus daripada buat pelbagai fitnah dan spekulasi yang tidak cerdik.”

'Budak suruhan'

Rafizi sebelum ini mencabar Khairy untuk berdebat berhubung kes Liwat II selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersetuju untuk menyediakan ruang di RTM.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Dalam kenyataannya juga, Ibdillah tururt membidas Rafizi yang dianggapnya “budak suruhan” yang merangka langkah politik demi menyelamatkan survival keluarga Anwar.

Malah beliau turut menggelar setiausaha agung PKR itu bersifat "kebudak-budakan" apabila mendakwa Khairy yang kini berada di Amerika Syarikat dan mungkin sedang berdebat dengan kanak-kanak lelaki di sana.

"Adakah beliau cemburu kerana tiada peluang untuk berwacana bersama semua lapisan masyarakat Malaysia yang berada di sana?”soalnya.

Lihat Komen
ADS