Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gaya hidup mewah taikun tarik perhatian pada 1MDB

Fakta-fakta di sebalik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan urusniaganya yang meragukan, mendapat perhatian di seluruh dunia ekoran gaya hidup mewah personaliti Taek Jho Low.

Pengasas dan pengarang Sarawak Report , Clare Rewcastle Brown berkata media antarabangsa menumpukan perhatian mereka terhadap urusan 1MDB  ekoran gaya hidup Jho Low yang mewah dan ranggi itu.

Ahad lalu, laman web pemberi maklumat Sarawak Report menerbitkan satu siri pendedahan mengenai 1MDB dan Jho Low, bersama-sama  dengan akhbar Britain, Sunday Times .

Rewcastle Brown memberitahu Malaysiakini bahawa gaya Jho Low memperlihatkan kekayaannya telah menarik minat media Barat terhadapnya dan dan mereka memberi tumpuan kepada hubungannya dengan 1MDB yang bermasalah. 1MDB merupakan cabang pelaburan nasional yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Katanya, Jho Low telah menayangkan kekayaannya dan kini 1MDB berada dalam kedudukan bahaya akibat hutang.

"Kedua-dua mereka (Jho Low dan 1MDB) dikaitkan dengan perdana menteri Malaysia dan kerana itulah media antarabangsa begitu berminat dengan perkara itu," kata Brown.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS