Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waris MH370: Bilik menunggu berbau cat
Diterbitkan:  Mar 4, 2015 1:57 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Waris mangsa pesawat MH370 memilih untuk menunggu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di luar pejabatnya kerana mereka mendapati bilik yang ditawarkan kepada mereka berbau cat, kata salah seorang waris.

Wakil tersebut, Li Hwa berkata kumpulan seramai 18 orang itu ditawarkan sebuah bilik menunggu selepas bertemu dengan dua pegawai kementerian yang mendengar keluhan mereka.

Menurutnya, bilik tersebut baru sahaja diubahsuai dan mereka tidak mampu menahan bau cat yang baru disapu itu dan memilih untuk menunggu di luar.

"Sekurang-kurangnya di luar pengudaraannya bagus. Tiada bau cat atau bau pelarut.

"Waris tidak sanggup menunggu di dalam," kata Li kepada KiniTV .

Penantian mereka menarik perhatian media apabila seorang waris, Wen Wan Chang, 65 rebah di luar pejabat kementerian sewaktu menunggu dalam cuaca panas.

Beliau kemudian sedar kembali dan terus menunggu Liow bersama yang lain sehingga jam 9 malam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS