Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga ADUN ditahan semasa kekecohan di Kg Gatco
Diterbitkan:  Mar 4, 2015 4:35 PM
Dikemaskini: 9:19 AM

Tiga orang ADUN pembangkang ditangkap di Bahau, Negeri Sembilan pagi ini selepas mereka membantu penduduk tempatan di Kampung Gatco untuk menghalang penebangan pokok di ladang getah mereka.

 

Mereka ialah ADUN DAP Bahau, Chew Seh Yong dan ADUN DAP Senawang, P Gunasekaren dan ADUN PKR Port Dickson, M Ravi.

 

Ketika dihubungi, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, yang juga ahli Parlimen Rasah, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa rakan-rakannya telah ditangkap.

 

Lebih  200 penduduk kampung di kawasan yang dipertikaikan itu di Kampung Gatco, telah berkumpul sejak malam tadi dalam usaha untuk menghalang penebangan pokok di ladang getah mereka.

 

Bagaimanapun, seorang penduduk yang hadir memberitahu Malaysiakini bahawa kira-kira 130 anggota polis dan anggota RELA, berusaha untuk meleraikan penduduk sejak awal pagi ini.

 

"Pihak polis telah menangkap kira-kira 30 orang," kata C Ram Babu kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Ram berkata penduduk kampung telah meminta Thamarai Holdings Sdn Bhd, yang telah membeli tanah yang dipertikaikan itu, untuk menangguhkan penebangan tersebut sementara menunggu keputusan mahkamah pada 26 Mac tetapi tidak berjaya.

"Kontraktor masuk untuk menebang pokok getah kita," katanya.

Tanah yang terbabit dalam pertikaian itu, seluas kira-kira 4,700 ekar, telah dipajakkan kepada The Great Alonioners Trading Corporation Berhad (Gatco) pada tahun 1977 oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan (SEDC).

Gatco ditubuhkan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang bagi tujuan skim pembangunan tanah untuk ahli-ahlinya.

Peneroka  sekarang telah membayar RM7,600 sebagai deposit untuk menjelaskan plot tanah yang diperuntukkan sebagai sebahagian daripada skim pembangunan itu.

Bagaimanapun, skim ini akhirnya gagal dan tanah yang telah dicaj kepada dua institusi kewangan.

Walaupun Gatco telah dibubarkan, pelikuidasi tidak menjual tanah itu sehingga 2006 di mana satu perjanjian jual beli telah dimeterai antara Gatco dan Thamarai Holdings Sdn Bhd.

Seramai 140 peneroka telah menyaman Gatco dan Tamarai berhubung jualan tersebut dan kes itu masih belum selesai di Mahkamah Persekutuan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS