Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR menafikan yang ia membayar anggotanya untuk turun menyertai himpunan setiakawan Dengan Datuk Seri Anwar pada 7 Mac ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata satu surat yang menjanjikan elaun untuk menghadiri himpunan itu dan didakwa ditandatangani Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, adalah palsu.

Menurut Fahmi ( kanan ), kepala surat palsu itu juga salah kerana ia turut ada pada halaman kedua surat tersebut.

Tambahnya, penggunaan kepala surat pada halaman kedua bukan amalan biasa PKR.

"Tiada surat sebegini diedarkan dan ini berniat jahat," kata Fahmi kepada wartawan pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Surat palsu itu yang dilihat Malaysiakini , menawarkan setiap anggota PKR yang akan menghadiri himpunan pada 7 Mac ini bayaran RM150.

Di samping itu, surat palsu itu juga mendakwa akan membayar elaun penginapan sebanyak RM500.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS