Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cadangan MBPJ beri ganjaran 3 bulan ditolak
Diterbitkan:  Mar 4, 2015 5:46 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor hari ini menolak cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memberi Ganjaran Khas Prestasi Majlis 2014 sebanyak tiga bulan gaji kepada

anggota majlis dan kakitangannya.

    

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata bagaimanapun, MMKN bersetuju untuk memberi ganjaran satu bulan gaji tertakluk kepada penilaian prestasi menyeluruh MBPJ.

    

"Peningkatan kutipan hasil diperolehi menerusi pembayaran cukai rakyat kepada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan ia tidak boleh dilihat sebagai keuntungan perniagaan.

    

"Kutipan hasil dan rezab perlu diurus dengan berhemat dan dikembalikan kepada rakyat melalui pembangunan berkualiti dan perkhidmatan efisien," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    

Beliau berkata atas faktor itu, MMKN Selangor menolak cadangan MBPJ untuk memberi ganjaran atau bonus sebanyak tiga bulan gaji kepada kakitangannya.

    

Pada Jumaat lepas, MBPJ mengemukakan cadangan untuk memberikan kakitangannya bonus sebanyak tiga bulan gaji berikutan peningkatan prestasi pihak berkuasa tempatan itu.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS