Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Memo gesa polis ambil tindakan kes tembak
Diterbitkan:  Mar 5, 2015 7:00 AM
Dikemaskini: 11:09 PM

Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) menyerahkan memorandum kepada Polis Diraja Malaysia menggesa supaya tindakan tegas dan sewajarnya diambil bagi menangani isu keselamatan rakyat berikutan beberapa kes tembak-menembak yang berlaku baru-baru ini.

           

Presidennya Datuk R S Thanenthiran berkata kejadian empat kes tembakan dalam sehari iaitu di Sungai Petani, Georgetown, Johor Bahru dan Kajang membimbangkan rakyat di negara ini.

           

"Perkara yang lebih merisaukan adalah kesemua empat kes itu berlaku ditempat awam. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana kesannya akan mempengaruhi ketenteraman masyarakat secara keseluruhannya.

           

"Maka, saya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan dan siasatan segera untuk membendung kes tembak menembak sebegini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu di Bukit Aman semalam.

 

Terdahulu, pukul 11 pagi, parti berkenaan juga menyerahkan memorandum serupa kepada pegawai khas Kementerian Dalam Negeri (KDN) DSP Kamarul Bahrin Jamaluddin di pejabat KDN di Putrajaya.

 

- Bernama

Lihat Komen
ADS