Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hakim dipindah, tapi masih dengar kes Mkini
Diterbitkan:  Mar 5, 2015 11:48 AM
Dikemaskini: 7:04 AM

Walaupun Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaluddin Md Said telah dipindahkan ke Seremban, tetapi beliau akan terus mendengar kes yang melibatkan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap Malaysiakini.

 

Portal berita itu telah dimaklumkan mengenainya ini pada 13 Februari apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di mana Timbalan Pendaftar Mazuliana Abdul Rashid memberitahu kedua-dua pihak dalam saman itu bahawa Hakim Kamaluddin (bawah) akan mendengar kes itu walaupun telah dipindahkan.

 

Berikutan ini, firma guaman Kandiah Partnership yang mewakili Malaysiakini telah menghantar surat Isnin lalu kepada Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, menyatakan rasa terkejut portal berita itu bahawa kes berkenaan akan didengar oleh hakim yang sama.

 

Dalam surat empat perenggan itu, peguam dari firma tersebut menyatakan ia "amat luar biasa".

 

"Anak guam kami tiada bantahan jika kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain," kata surat firma guaman itu, sambil menambah ia berharap mendapatkan penjelasan Zulkefli mengenai perkara itu.

 

Najib, yang juga presiden Umno, dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof telah memfailkan saman berikutan komen pembaca Malaysiakini dalam dua artikel mengenai kemelut politik di Terengganu tahun lepas.

Dua artikel itu ialah 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'

 

Pada 24 Jun tahun lepas, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pengendali portal berita itu, telah memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan Kamaludin daripada mendengar saman perdana menteri terhadap portal berita itu. 

Alasan permohonan itu ekoran kebimbangan berat sebelah yang nyata dalam tindakan undang-undang yang diambil oleh Umno melalui setiausaha kerjanya Datuk Abdul Rauf Yusof dan Najib ( kiri ) yang juga presiden Umno dan pengerusi parti pemerintah BN.

Defendan berkata, terdapat kebimbangan bahawa pesuruhjaya kehakiman tidak mendapat ketentuan tenure dalam tempoh perkhidmatan mereka kerana kedudukan mereka sebagai hakim Mahkamah Tinggi belum disahkan.

Menurut Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim Mahkamah Tinggi akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri.

Bagaimanapun, sebelum permohonan Malaysiakini itu didengar, Kamaluddin, yang merupakan bekas ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, telah disahkan selepas berkhidmat tidak lebih daripada dua tahun sebagai pesuruhjaya kehakiman.

[Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS