Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Makhluk asing? Teori MH370 terus meliar
Diterbitkan:  Mar 5, 2015 5:39 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Setahun selepas hilangnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, masih terlalu banyak data utama kekal tidak diketahui.

Ia melarat kepada kemunculan teori konspirasi dan perdebatan hangat atas talian berhubung misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia itu.

Semua itu didorong akibat ketiadaan maklumat untuk merungkai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

Akibat munculnya teori-teori pelik termasuk penculikan makhluk asing, selain hujah-hujah bahawa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi, tetapi tidak semestinya di kawasan semasa carian.

Antara semua teori itu, kesemuanya berkongsi pandangan bahawa maklumat paling asas dalam isu itu sendiri tidak ada.

“Menghairankan tentang jumlah maklumat yang kita ada selepas melihat kes itu sepanjang masa ini,” kata Jeff Wise, seorang pakar penerbangan, lapor Reuters.

Wise sendiri mengambil langkah bijak dengan menerbitkan buku elektronik The Plane That Wasn’t There (Pesawat yang Tak Ada di Situ).

Buku itu menduduki tangga teratas dalam senarai terlaris di Amazon.

Pesawat jenis Boeing 777 itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara tidak lama selepas terbang daripada Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu.

Hampir semua perkara berkaitan apa yang berlaku selepas itu hangat dibahas.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS