Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kawasan pelupusan sampah terbakar
Diterbitkan:  Mar 6, 2015 7:00 AM
Dikemaskini: Mar 6, 2015 8:57 AM

Lebih 1.6 hektar kawasan pelupusan sampah di Kampung Penderas, Slim River terbakar mengakibatkan asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan.

               

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadam kebakaran yang bermula pada jam 7.08 malam tadi.

               

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River Md Zin Mohd Faaidin berkata dua jentera bersama lima anggota dikejar ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal kebakaran pada 8 malam.

               

"Namun, kebakaran itu berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 9.58 malam. Tindakan pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dua nozel 'fix monitor' air tangki dan pili bomba," katanya ketika dihubungi Bernama.

               

Beliau tidak menolak kemungkinan cuaca panas merupakan antara faktor selain terdapat pelbagai bahan api di tapak pelupusan sampah itu.

               

Turut terbakar, hari ini ialah tempat pelupusan sampah yang terletak bersebelahan Pusat Insinerator Pulau Pangkor di Sungai Pinang Kecil.

               

Pasuka bomba yang menerima panggilan pada 6.42 pagi berhubung kejadian itu, tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan api berjaya dikawal sepenuhnya pukul 7.30 pagi.

 

- Bernama

Lihat Komen
ADS