Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PMO: Keadaan Lee Kuan Yew tak berubah
Diterbitkan:  Mar 6, 2015 11:00 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Keadaan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, yang masih dirawat di Hospital Besar Singapura, masih tidak menunjukkan sebarang

perubahan, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

    

Kenyataan itu, yang dikeluarkan hari ini, turut menyebut doktor masih memantau keadaan beliau.

    

Lee, 91, dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan sejak 5 Feb lepas kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.

    

Beliau masih diberi ubat pelali dan dibantu mesin ventilasi mekanikal.

    

Lee, perdana menteri pertama Singapura yang meneraju kerajaan dari 1959 hingga 1990, dianggap antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS