Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Peminat drone - kapal terbang kawalan jauh - dan pihak yang berkaitan dengannya menyuarakan rasa terkejut dan ngeri berhubung insiden sebuah drone dikatakan diterbangkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Satu kumpulan, yang dikenali sebagai Persatuan Aktivis Drone UAV Malaysia (Mudas), melancarkan satu petisyen di talian Rabu lalu, bagi membantah tindakan tersebut kerana bimbang ia boleh membahayakan keselamatan dan berpontensi mengganggu trafik udara.

"Kami juga menyokong sepenuhnya siasatan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan polis Malaysia mengenai perkara ini bagi memastikan ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Kami sentiasa percaya keselamatan mesti diutamakan," petisyen itu dipetik.

Sehingga jam 6 petang semalam, petisyen itu mengumpul sebanyak 35 tandatangan.

Jurugambar dan juruvideo Eddie Putra Noordin yang menggunakan drone untuk mengambil gambar dan video untuk tujuan korporat dan pemasaran, berkata darahnya menyirap  apabila pertama kali melihat gambar drone yang menunjukkan kapal terbang menghampiri landasan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS