Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak akan menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh gabungan yang dipanggil 'Kita Lawan' di Kuala Lumpur esok bagi menuntut pembebasan Ketua pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan itu, yang akan diadakan di luar pusat membeli belah Sogo dari pukul 4 petang hingga tengah malam, juga bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim (kanan) berkata perhimpunan itu dianjurkan oleh NGO dan sayap pemuda parti-parti Pakatan Rakyat, manakala beliau dan beberapa ADUN lain, berada di dalam kerajaan negeri.

"Kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita di negeri ini," kata Lim selepas menghadiri majlis pecah tanah projek perumahan mampu milik SP Chelliah di George Town hari ini.

Lim berkata pada hujung minggu ini juga akan menyaksikan permulaan penyerahan sumbangan RM100 kepada setiap warga emas, di mana ADUN akan hadir untuk mengagihkan wang tersebut.

Katanya, ia adalah satu program rakyat, jadi ia perlu diberi keutamaan.

"Kita telah mengarahkan semua ADUN untuk membantu dalam pengagihan wang itu, jadi kami tidak akan pergi (ke perhimpunan ini)," katanya.

Lim berkata, beliau sendiri akan berada di kawasannya untuk mengagihkan sumbangan tersebut anugerah dan tidak dapat menghadiri perhimpunan tersebut.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS