Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar didakwa bertindak menghina mahkamah dengan menguatkuasakan Seksyen 9(5)  Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam menyiasat perhimpunan 'Kita Lawan'.

Peguam Eric Paulsen membangkitkan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu bahawa seksyen itu bertentangan dengan perlembagaan, justeru tidak sah dan terbatal.

“Tiada arahan penangguhan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

“Perkara ini jelas menghina mahkamah,” kata ketua eksekutif kumpulan peguam Lawyers for Liberty itu kepada Malaysiakini malam tadi.

Khalid semalam berkata keputusan pada 25 April tahun lepas sedang dirayu dan oleh itu seksyen yang digunakan polis masih sah di sisi undang-undang.

Undang-undang itu menetapkan polis perlu dimaklumkan sepuluh hari sebelum sebuah perhimpunan diadakan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS