Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selepas permohonan maaf dibuat kepada aktivis hak haiwan terbiar Save Our Strays (SOS), laman Facebook Penang Kini melancarkan pula serangan lain kepada kumpulan NGO itu.

Dalam tulisan terbaru di Facebook Penang Kini , mereka pula menuntut permohonan maaf SOS kerana didakwa membenarkan perempuan Islam bertudung memegang anjing dalam program menggalakkan pemeliharaan haiwan itu  Ahad lalu.

"Gambar wanita Islam itu juga diambil secara berleluasa pada masa program itu berlangsung.

"Sepatutnya mereka bertanggungjawab terhadap apa jua yang berlaku di lokasi program," kata Penang Kini .

Menurut laman Facebook komuniti itu, gambar yang disebarkan boleh menimbulkan fitnah kepada Islam dan menimbulkan kemarahan kerana menyentuh sensitiviti umat Islam negara ini.

"Jangan fikir SOS sahaja terkilan dan kesal, namun di pihak admin (pentadbir) dan warga Muslim juga berasa terkilan dan kesal dengan gambar yang dirakamkan dalam program tersebut," katanya lagi.

Semalam, Penang Kini telah memohon maaf berikutan satu gambar dan tulisan seorang perempuan bertudung mendukung dan bergambar dengan seekor anjing.

Ia dimuat naik bersama tulisan: "Panas! Program orang Islam peluk anjing dah menular ke Penang! Mana Malik Kassim?"

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS