Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Wisma Putra mempertahankan pelantikan peguam pro-Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai wakil Malaysia bagi Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AIHCR).

"Pelantikan beliau adalah berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang perundangan dan hak asasi manusia.

"Pengalaman tersebut menjadikan beliau arif dengan dinamik isu-isu politik dan hak asasi manusia di peringkat kebangsaan dan serantau serta memahami tanggungjawabnya kepada kerajaan Malaysia dalam isu-isu ini," jawapan bertulis menteri luar negeri dipetik.

Jawapan itu dibuat kepada soalan Kasthuri Patto (DAP - Batu Kawan) yang ingin mengetahui kelayakan dan kepakaran Shafee sehingga dilantik ke jawatan itu.

Menurut jawapan yang sama, pelantikan Shafee tepat pada masa pemilihan Malaysia sebagai pengerusi AIHCR pada 2015.

"Penglibatan beliau semenjak terzahirnya terma rujukan AIHCR pada 2009 memberikan beliau kelebihan dalam mengendali dan mengemudi kepengerusian AIHCR sepanjang tahun 2015.

"Beliau mempunyai 'institutional memory' terhadap isu-isu yang telah dan sedang dibincangkan oleh AIHCR, selain kepakaram dan pengalaman sedia ada," jawapan itu dipetik.

Wisma Putra turut memaklumkan yang pelantikan Shafee dilanjutkan selama sepenggal lagi selepas pelantikan pertama pafa 21 Oktober 2009 yang tamat tiga tahun kemudiannya, kata jawapan itu.

Shafee mengambil alih tugas mendakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II yang membawa kepada pemenjaraan Anwar selama lima tahun.

Shafee turut mewakili Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Menteri Luar Negeri sendiri, Datuk Seri Anifah Aman dalam kes saman mereka terhadap Anwar.

Lihat Komen
ADS