Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hutang luar negara Malaysia meningkat mendadak sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 bilion dalam suku ketiga tahun lepas daripada RM196 bilion pada akhir tahun sebelumnya.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), Kementerian Kewangan berkata kenaikan tinggi itu akibat "takrifan baru" hutang luar negara.

Kementerian juga berkata dua pertiga tambahan hutang itu akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara.

Hal ini, Leong berkata bahaya pinjaman yang dibuat oleh syarikat tempatan daripada syarikat asing, seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana sejumlah besar hutang RM42 bilion yang dilaporkan terhutang kepada entiti asing.

"Hal ini di mana syarikat seperti 1MDB jatuh, dan hutang luar negeri yang besar ini mewakili syarikat tersebut mempunyai hutang dengan pihak asing," katanya.

Jumlah terkini turut didedahkan bahawa hutang kerajaan pusat mencecah RM582 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).  [Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS