Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang anggota exco Pulau Pinang, yang juga pemimpin kanan Pemuda PKR, tidak dibenarkan menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara atas alasan keselamatan.

Permohonan Dr Afif Bahardin, exco kesihatan negeri dan timbalan Angkatan Muda Keadilan, ditolak oleh Jabatan Penjara Malaysia.

"Mereka memaklumkan permohonan saya ditolak kerana isu keselamatan. Macamlah saya boleh larikan banduan," katanya, dengan menambah alasan ini tidak boleh diterima.

"Saya bukan penjenayah, tetapi seorang anggota exco negeri, seorang wakil rakyat. Apa lagi, saya yang memberi khidmat kepada rakyat Permatang Pauh.

"Saya bersedia untuk dikenakan pemeriksaan badan secara menyeluruh, ditemubual sebelum masuk dan pihak berkuasa boleh meneliti semua dokumen saya sebelum mereka membenarkan saya untuk melawat Anwar.

"Sebagai wakil rakyat Seberang Jaya yang berada dalam (kawasan) Permatang Pauh, saya perlu berjumpa Anwar, kerana kami perlu membincangkan perkara-perkara yang telah memberi kesan kepada pengundi di kawasannya," jelas Dr Afif lagi.

Anwar, ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR, kini menjalani hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh.

Beliau masih ahli parlimen sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan petisyen pengampunan diraja yang dihantar keluarganya 24 Februari lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS