Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Peguam menarik balik usul untuk membincangkan kelakuan peguam veteran Tan Sri Shafee Abdullah daripada dibincangkan dalam perhimpunan tahunannya hari ini.

“Kami diberikan injunksi (mahkamah), kami terikat dengannya.

“Usul itu tidak akan dibentangkan,” kata Presiden Majlis Peguam Christopher Leong kepada Malaysiakini sebelum perhimpunan agung tahunan (AGM) badan itu di Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad semalam membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya atau ejen mereka membenarkan usul itu dikemuka, dibincang atau diluluskan semasa AGM.

Injuksi juga melibatkan larangan daripada membincangkan perkara berkaitan kelakuan Shafee dalam kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Shafee dilantik sebagai peguam utama dalam kes Liwat II melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS