Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada ketua polis negara untuk menjelaskan tindakan segera polis muncul di rumah MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk merakam kenyataannya dalam masa 24 jam selepas laporan dibuat terhadapnya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang tindakan tersebut berbanding masa yang diberikan polis kepada Menteri Pertanian, Datuk Seri Ismail Sabri untuk tampil memberi keterangan berdasarkan kesesuaian masanya sendiri.

"Itu soal berkaitan operasi yang boleh dijawab dengan baik oleh ketua polis.

"Itu boleh ditanya kepadanya pada majlis yang dihadirinya.

"Saya jaga soal polisi sahaja. Kalau tidak, lebih baik saya jadi ketua polis," kata Zahid ( kanan ) menjawab soalan wartawan.

Tidak sampai 24 jam laporan polis dibuat, pihak polis semalam melawat rumah Nurul Izzah untuk merakamkan kenyataan anggota Parlimen Lembah Pantai itu.

Bagaimanapun Nurul ketika itu dalam perjalanan ke Kota Bahru.

Kelmarin, bekas calon BN Zulkifli Noordin tampil membuat laporan polis terhadap Nurul ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen.

Zulkifli bangkitkan ucapan Nurul kelmarin yang mengulas keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata  hakim akur pada kehendak tuan politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.

Lihat Komen
ADS