Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada reman, Nurul Izzah perlu lapor diri 16 April

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas semalaman dalam tahanan polis.

Bagaimanapun, beliau perlu melaporkan diri kepada pihak polis pada 16 April.

Beliau mendakwa bahawa adalah cukup jelas bahawa penangkapannya adalah satu penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bercakap kepada pemberita selepas pembebasannya, Nurul Izzah berkata, perdana menteri bertanggungjawab kerana membenarkan pelanggaran terhadap Parlimen.

Menurut Nurul Izzah, beliau juga dimaklumkan bahawa adiknya Nurul Nuha pula akan disoalsiasat.

Katanya, Ketua Polis Negara sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha menangkap penjenayah tegar, melindungi Malaysia dan mendapatkan Sirul, pembunuh yang disabitkan, untuk menebus dosa-dosanya.

Seperti yang dikatakan oleh peguamnya R Sivarasa, Nurul Izzah menegaskan bahawa beliau mempunyiai kekebalan di bawah Perkara 63 (2) Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak boleh didakwa kerana ucapannya.

Nurul Izzah berkata sejak 1978, tidak pernah berlaku seperti penangkapannya berdasarkan ucapan yang dibuat di Parlimen.

Sejak tahun 1978, katanya, tidak pernah ada ahli Parlimen yang disiasat dan menurutnya, ini adalah satu isu penting dan akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Ditanya mengenai tindakan seterusnya, Nurul Izzah berkata mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.

"Kami akan mengambil tindakan. Kami akan memastikan bahawa penyalahgunaan seumpama itu tidak akan berterusan di bawah rejim ini," tegas beliau.

Mengulangi pendirian anak guamnya, Sivarasa berkata penahanan Nurul Izzah itu benar-benar berniat jahat dan menyalahi undang-undang.

Katanya, alasan untuk pergi ke rumah Nurul Izzah bagi mendapatkan salinan ucapannya adalah mengarut.

"Kami boleh diberikannya kepada mereka sekiranya mereka memintanya," katanya kepada pemberita.

Pemimpin lain Pakatan Rakyat dan aktivis yang ditahan berhubung perhimpunan Kita Lawan adalah Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi; Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli; Penyelaras Jingga 13 Mohd Fariz Musa; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad; ketua AMK Kelana Jaya Saifullah Zulkifli; Ketua Pemuda DAP yang juga ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong; dan aktivis Adam Adil Abdul Halim serta Mandeep Singh.

 
 
Lihat Komen
ADS