Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga berharap Aisyah dapat tangani ancaman

Kerana sekadar menjadi hos video parodi yang mengetengahkan apa yang didakwa sebagai keutamaan yang tidak kena pada tempatnya oleh kerajaan Kelantan berkaitan dengan hudud, wartawan radio Aisyah Tajuddin menjadi sasaran termasuk ancaman bunuh dan rogol.

 

Ancaman di media sosial yang datang dari orang yang memanggil diri mereka pembela undang-undang suci Islam, telah mencemaskan keluarganya yang masih ada dalam keadaan berjaga-jaga.

 

Tetapi ayah Aisyah, Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi berkata keluarganya tidak pernah luntur dan mereka memberi sokongan padu kepada anaknya itu dalam menghadapi masa-masa yang sukar itu.

 

"Hatinya remuk sekali pagi itu dan saya terpaksa memanggil orang seperti Marina Mahathir dan Ambiga Sreenevasan untuk bercakap dengannya.

 

"Peranan saya ialah untuk mengembalikan semangatnya. Dia seorang yang bersemangat tinggi dan tanggungjawab saya adalah untuk menaikkan semangatnya," katanya kepada Malaysiakini.

 

Ambiga dan Marina adalah aktivis yang vokal dan berpengalaman yang juga telah menjadi sasaran ancaman kerana pendiriannya mengenai isu-isu hak asasi manusia.

 

Tajuddin (kanan) berkata anak perempuan yang berusia 27 tahun itu masih muda dan tidak biasa dengan serangan seperti itu.

 

Semalam, Tajuddin meluahkan perasaannya mengapa masyarakat Malaysia begitu mudah membuat ancaman terhadap pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

 

Katanya, walaupun beliau berhak membuat laporan polis terhadap pihak yang mengancam anak perempuannya itu, tetapi beliau juga bercakap mengenai memaafkan mereka yang membuat ancaman itu.

 

Lebih penting lagi, katanya, ancaman itu menyedarkan tentang pendekatan reaksioner masyarakat Melayu-Islam bertindak balas dalam hal-hal agama.

 

Tambahnya, soalan juga perlu bertanya mengapa intelektual Melayu-Islam tidak bersuara menentang respons reaksioner itu.

 

Video parodi yang dihoskan oleh Aisyah itu tersebar luas, dan mengundang tindak balas kuat dari kalangan sesetengah umat Islam di media sosial.

 

BFM telah pun menarik balik dan memohon maaf atas penyiaran video tersebut, dengan menyatakan bahawa tidak ada niat untuk mengkritik hudud dan ia hanya untuk membangkitkan soalan yang sah mengenai pelaksanaannya.

 

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS